Semakan Keputusan SPM 2015 Secara Online Dan SMS

Share:
Semakan keputusan peperiksaan SPM 2015 samada secara online dan SMS.

Sepertimana semua sedia maklum keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi sesi persekolahan tahun 2015 diumumkan pada 3 Mac 2016. Pelajar boleh mendapatkan maklumat keputusan tersebut dengan membuat semakan secara online dan juga melalui khidmat pesanan ringkas SMS.

Calon boleh mendapatkan keputusan penuh selepas jam 10.00 pagi pada 3 Mac 2016 di sekolah masing-masing. Bagi calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos ataupun terus bertanyakan Jabatan Pendidikan Negeri(JPN).

Semakan Keputuan SPM 2015 Secara Online

Semakan secara online keputusan peperiksaan SPM 2015 boleh dilakukan melalui pautan di bawah pada hari keputusan diumumkan selepas jam 10.00 pagi.


Semakan Keputusan SPM 2015 Melalui SMS

Semakan Keputusan SPM melalui khidmat pesanan ringkas boleh dibuat mulai jam 10.00 pagi 3 Mac hingga jam 11.59 malam pada 9 Mac 2016. Cara semakan SPM 2015 melalui SMS adalah sebagaimana di bawah:
  1. Taip SPM<jarak>Masukkan No Kad Pengenalan<jarak>Masukkan Angka Giliran
    Contoh: SPM 970105011324 ADC234567
  2. Hantarkan ke 15888
semak keputusan spm 2015

Setiap penghantaran SMS akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak 15 sen dan 20 sen untuk setiap penerimaan.

Tiada ulasan

Komen yang bertujuan untuk meninggalkan link, out of topic dianggap spam dan akan didelete. Sebarang komen akan dibalas secepatnya.