Doa Buka Puasa Dan Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Share:
Bulan Ramadan sudah tiba. Memang benar kata orang, kalau hari-hari sebelum ini waktu maghrib menunggu kita. Akan tetapi apabila menjelmanya bulan ramadan, semua umat islam seluruh begitu setia menunggu waktu maghrib untuk buka puasa.

Kata orang apabila masuknya waktu berbuka puasa, maka kita hendaklah menyegerakannya.

Sempena ramadhan ini, Blogger Pontian ingin berkongsi panduan dengan pembaca sekelian tentang doa buka puasa dan cara lafaz niat puasa di bulan ramadhan.

Sebelum itu diingatkan di sini, sebutan dalam bacaan rumi hanyalah sebagai rujukan sahaja. Pembaca hendaklah merujuk kepada teks asal dalam bahasa arab.

Cara Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Berikut di bawah ini dikongsikan cara lafaz niat untuk setiap hari dan juga sebulan.

1. Niat Puasa Esok Hari

Bacaan Rumi: Nawaitu Souma Ghodin 'an adaa ifardhi syahri ramadhaana hazhihisanatillahita'aalaa.

Maksud: Sahaja aku puasa esok hari fardhu ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'aala.

2. Niat Sebulan

Bacaan Rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhaana killahi lillahi Ta'aala.

Maksud: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan kerana Allah Ta'aala.

Doa Buka Puasa

Berikut di bawah ini merupakan doa berbuka puasa sebagai panduan dan rujukan buat pembaca budiman.
Bacaan Rumi: Allahumma laka somtu wa bika aamantu wa'alaa rizqika afthortu birahmatika yaa arhamarraahimiin

Maksud: Ya Allah kerana Mu aku berpuasa dan kepada Mu aku beriman dan di atas rezeki Mu jualah aku berbuka dengan rahmat MU wahai tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.



Sekian. Wallahualam.

2 ulasan:

Komen yang bertujuan untuk meninggalkan link, out of topic dianggap spam dan akan didelete. Sebarang komen akan dibalas secepatnya.