Banyak Betul Contest Menjelang Penghujung 2015

Seperti kebiasaannya apabila menghampiri penghujung tahun, maka semakin banyaklah contest diadakan. Ada yang menganjurkan contest SEO, contest review, contest berbentuk referral dan bermacam-macam lagi. Kesimpulannya dah nak hujung tahun nie, siapa yang pandai akan mampu menjana pendapatan online secara tidak langsung.

Ada dua contest yang besar yang sedang berlangsung pada bulan oktober 2015. Antaranya ialah contest seo yang menggunakan kata kunci “Pengalaman Bersama ONEXOX“. Satu lagi contest ialah pertandingan yang menggabungkan kategori SEO, review contest dan referral contest di dalam satu artikel. Kata kunci yang dipertandingkan ialah “Contest Review Lynk.my 2015“.

Hadiah yang ditawarkan kepada pemenang menjangkau ribuan ringgit. Memang lumayan kepada sesiapa yang mampu memenangi pertandingan tersebut.

Apa yang ingin Blogger Pontian sampaikan di sini ialah, berhati-hatilah ketika melakukan pekerjaan untuk menaikkan artikel di enjin carian. Jangan terlalu tergesa-gesa kerana ianya boleh mengundang padah lebih-lebih lagi setelah algoritma terbaru google telah dilepaskan. Algo tersebut dipanggil “Hacked Spam”.

Hajat di hati ingin juga BP menyertai kedua-dua contest tersebut. Setakat artikel ini ditulis satu artikel berkaitan dengan contest review telah siap dipublish dan telah diterima oleh penganjur. Alhamdulillah peringkat pertama dah lulus.

Peringkat kedua yang perlu diberi perhatian ialah kedudukan artikel review tersebut di enjin carian google.com.my. Ini yang BP nampak ada sikit yang memberi masalah. Secara jujur blog utama BP itu kurang mesra dengan google.com.my dan lebih mesra kepada google.com. Blog tersebut disetting untuk carian diperingkat global walaupun ianya berbahasa melayu.

Artikel yang BP hasilkan untuk contest tersebut ialah berkaitan dengan review Lynk.my. Kalau nak tahu lebih lanjut apa yang BP tulis di dalam artikel tersebut, jangan segan-segan untuk baca artikel review Lynk.my di https://goo.gl/mtU7sw

Share this post

Kongsikan Pendapat Anda