PALSU!!! Berita GST Dimansuhkan Dengan Serta Merta TIDAK BENAR

PALSU!!! Berita GST Dimansuhkan Dengan Serta Merta TIDAK BENAR

Berita GST dimansuhkan dengan serta merta berkuatkuasa 1 Jun 2018 adalah TIDAK BENAR.

Pagi ini agak kecoh dengan penularan BERITA PALSU yang menyalahgunakan nama Kementerian Kewangan Malaysia kononnya cukai GST akan dihapuskan bermula 1 Jun 2018.

Siaran media PALSU itu menyebut cukai GST dihapuskan berikutan kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihanraya Umum ke 14 pada 9 Mei lalu.

Siaran Media PALSU Pemansuhan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan

Kementerian Kewangan menafikan mengeluarkan kenyataan berhubung penghapusan cukai barang dan perkhidmatan(GST) berkuatkuasa 1 Jun.

Menurut jurucakap daripada bahagian komunikasi kementerian berkenaan, setakat ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan berhubung perkara tersebut.

“Pihak MOF (Kementerian Kewangan) tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Share this post

One thought on “PALSU!!! Berita GST Dimansuhkan Dengan Serta Merta TIDAK BENAR

Kongsikan Pendapat Anda