Pemain Berpindah Pasukan Sudah Menjadi Lumrah

Sekarang sudah tidak pelik, bila musim pertandingan berakhir sebahagian besar akan berubah haluan ataupun angin dengan mencari pasukan yang baru.

Era sekarang sudah professional, iaitu bermain bolasepak merupakan satu mata pencarian. kalau dahulu bermain bola sepak hanya merupakan satu hobi ataupun part time. Sebelah pagi kerja pejabat, Petang main bola.

Sekarang main bola sepanjang masa.

apabila ianya menjadi salah satu punca pendapatan untuk menyara keluarga, maka sudah tentulah akan berlaku perpindahan pemain. Boleh dikatakan ada dua sebab kenapa pemain berpindah.

Antaranya ialah sudah tamat kontrak dengan pasukan lama dan mendapatkan tawaran yang lebih baik dari pasukan yang baru.

Selain daripada pemain itu sendir, pasukan juga saban tahun membuat perancangan untuk menjadi antara pasukan yang mampu memberikan cabaran kepada pasukan lain dan berkemungkinan untuk mengecapi kejuaraan.

Jadi yang menyebabkan terjadinya gosip perpindahan pemain liga malaysia 2018 ialah dari faktor pemain dan pasukan itu sendiri.

Bermain bola sepak dewasa ini, menjanjikan kemewahan asalkan anda mempunyai kemahiran teknikal bola sepak yang tinggi. Sanggup bekerja keras dan tahan dimaki..hahaha..

Pada masa sekarang ini saingan Liga Super Malaysia 2017 telah berakhir. Setelah berakhir manakala terbuka pintu jendela perpindahan pemain bagi menghadapi Liga Malaysia 2018.

Jendela perpindahan pertama pemain dibuka bermula 31 Oktober 2017 sehingga bulan januari 2018. Maklumat lanjut tentang rumour perpindahan pemain bagi saingan liga super 2018 boleh di dapati secara detail di https://www.rossaimi.com/senarai-perpindahan-pemain-liga-malaysia.html

Share this post

Kongsikan Pendapat Anda