SAPS Ibu Bapa (NKRA 2018) Semakan Keputusan Peperiksaan Sekolah Online

SAPS Ibu Bapa (NKRA 2018) Semakan Keputusan Peperiksaan Sekolah Online

SAPS Ibu Bapa (NKRA 2018) merupakan aplikasi yang digunakan untuk membuat semakan Keputusan Peperiksaan secara online terkini. Dihasilkan dari cetusan idea dan inspirasi bekas menteri pendidikan bertujuan untuk memudahkan ibu bapa dan penjaga mengetahui keputusan dan markah murid secara atas talian.

Ianya boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa merujuk pada guru sekolah.

SAPS ialah satu aplikasi pengkalan data yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk kegunaan para ibu bapa memantau prestasi akademik anak masing-masing dan melihat keputusan peperiksaan anak mereka dengan lebih mudah dan cepat.

saps nkra ibu bapa online

Cara nak buat semakan SAPS mudah sahaja, ibu bapa hanya perlu melayari aplikasi SAPS Ibu Bapa, login dan seterusnya mendapatkan slip peperiksaan secara online. Maklumat lain dan prestasi anak juga boleh diperolehi walaupun berada di rumah ataupun di mana sahaja asalkan mempunyai kemudahan internet.

Apa Itu Semakan SAPS Ibu Bapa NKRA Keputusan Peperiksaan Sekolah

SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah diperkenalkan oleh KPM untuk menganalisis, menyimpan dan mengumpul markah peperiksaan dalaman murid di sekolah secara berpusat di seluruh Malaysia. Ianya membantu mengurangkan masalah pengendalian data murid yang berkemungkinan dihadapi oleh pihak sekolah, jabatan pendidikan dan kementerian pendidikan sebelum ini.

Dengan adanya sistem analisis keputusan peperiksaan NKRA 2018, ibu bapa dan guru dapat menjimatkan masa kerana semua keputusan dan maklumat dapat diperolehi secara online.

Kelebihan SAPS Ibu Bapa Online

SAPS Online Ibu Bapa boleh digunakan pelbagai pihak dari peringkat ibu bapa, guru sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah(PPD), Jabatan Pendidikan Negeri(JPN) dan seterusnya Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM).

Sistem ini diselaraskan mengikut piawaian Skala Pendidikan Gred Kebangsaan.

Data yang disimpan di dalam SAPS akan digunakan oleh PPD, JPN dan KPM untuk membuat analisis jika diperlukan kelak tanpa perlu menunggu data dari pihak sekolah.

Sistem Semakan Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa

Untuk maklumat ibu bapa, sistem SAPS semakan ibu bapa 2018 dibahagikan kepada dua jenis peperiksaan, iaitu:-

  • Peperiksaan sekolah rendah(Darjah 1 hingga Darjah 6)
  • Peperiksaan sekolah menengah(Tingkatan 1 hingga tingkatan 5)

Antara keputusan peperiksaan sekolah yang boleh disemak oleh aplikasi SAPS NKRA 2018 online ialah:-

  • Ujian 1
  • Peperiksaan pertengahan tahun
  • Ujian 2
  • Peperiksaan akhir tahun
  • Peperiksaan percubaan UPSR, PT3 dan SPM

P/S: Keputusan peperiksaan rasmi seperti UPSR, PT3 dan SPM tidak boleh disemak menerusi sistem SAPS.

Cara Semak Keputusan Peperiksaan Melalui SAPS Online Ibu Bapa

Berikut dibawah ini merupakan cara membuat semakan SAPS Online 2018 untuk kemudahan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan sekolah. Ikuti langkah-langkah mudah di bawah ini.

  1. Layari laman Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Ataupun copy url https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php ke browser anda. Paparan sebagimana di bawah akan kelihatan.
  2. saps sistem analisis peperiksaan sekolah
    Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah – SAPS Online
  3. Masukkan nombor kad pengenalan murid atau sijil lahir tanpa “-” atau “SPACE” dan klik “CARI”.
  4. Pilih NEGERI dan pada ruangan nama sekolah klik “cari di sini” dan pada kolum carian taipkan nama sekolah. Sebagi contoh “SK Sg Bunyi”. Klik HANTAR. Lihat contoh di bawah ini.
  5. Setelah keluar paparan nama sekolah, klik nama sekolah tersebut dan tekan butang SEMAK.
  6. Ibu bapa akan dibawa ke menu utama. Pada menu tersebut maklumat seperti nama murid, nombor sijil kelahiran, nama sekolah, tingkatan dan kelas dipaparkan. Sila masukkan TAHUN peperiksaan dan buat pilihan JENIS PEPERIKSAAN yang ingin disemak.
  7. slip peperiksaan pelajar

  8. Setelah membuat PILIHAN PEPERIKSAAN samada UJIAN 1 atau PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN(setakat artikel ini ditulis), pada ruangan analisis markah paparan piihan seperti slip keputusan dan markah peperiksaan. Buat pilihan.
    markah peperiksaan saps
    Contoh markah peperiksaan dijana oleh SAPS NKRA

FAQ Tentang SAPS NKRA

Berikut merupakan panduan am soalan lazim yang boleh anda download untuk memudahkan pengguna SAPS mengambil tindakan sekiranya mengalami masalah semasa menggunakan SAPS.

DOWNLOAD- PANDUAN AM SAPS.

Blogger Pontian berharap artikel ini dapat memberi manfaat kepada ibu bapa menggunakan SAPS NKRA dengan sebaiknya. Dengan kemudahan ini, insha allah satu hari nanti ramai ibu bapa mampu menjadikan anak-anak akan lebih cemerlang dalam akademik.

Share this post

Kongsikan Pendapat Anda