Semakan Keputusan Permohonan UPU 2016 Secara Online

Semakan Keputusan Permohonan UPU 2016 Secara Online

Semakan keputusan permohonan UPU 2016 secara online. Di bawah ini beberapa maklumat penting termasuk tarikh tentang semakan UPU, panggilan temuduga, keputusan rayuan dan juga tarikh pendaftaran ke Universiti Awam(IPTA), Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/Metro dan ILKA untuk sesi kemasukan 2016/ 17.

Calon lepasan SPM/setaraf boleh membuat semakan keputusan permohonan UPU ke IPTA dan Politeknik untuk sesi pembelajaran 2016/ 17 boleh dilakukan pada bulan Mei 2016. Manakala bagi calon lepasan STPM pula pada bulan ogos 2016. Tarikh rasmi akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

semakan keputusan permohonan upu 2016
Gambar hiasan : Semakan UPU google image

Semakan Keputusan Permohonan UPU 2016/ 17 Online

Semakan UPU bagi kemasukan sesi 2016/ 17 boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu:

  • Semakan keputusan UPU ke IPTA dan Politeknik Premier secara online.
  • Semakan keputusan panggilan temuduga

Semakan keputusan permohonan UPU ke IPTA dan Politeknik Premier Online

Keputusan permohonan UPU 2016 boleh disemak pada tarikh-tarikh sebagaimana di bawah.

Calon Lepasan SPM/Setaraf

  1. Universiti Awam(UA/IPTA) – Mulai jam 12.00 tengahari 16 Mei 2016 hingga 31 Mei 2016. Semakan upu secara online boleh dilakukan dengan mengklik link – http://upu.mohe.gov.my/web/
  2. Politeknik Premier – Selepas jam 2.00 petang pada 16 Mei 2016 di http://www.politeknik.edu.my/portalbpp/index.asp
  3. Politeknik Konvensional/METro – Selepas jam 2.00 petang pada 26 Mei 2016.

Calon Lepasan STPM/Setaraf

Minggu kedua bulan Ogos 2016. Tarikh rasmi akan dimaklumkan kelak.

*Selain semakan secaran online, pelajar juga boleh menyemak keputusan permohonan melalui khidmat pesanan ringkas(SMS) sebagaimana ketetapan di bawah.

  1. Taip UPU<jarak>RESULT<jarak>No Kad Pengenalan
  2. Hantarkan SMS ke 15888

Berkemungkinan besar akan berlaku masalah capaian di laman-laman tersebut berikutan ramai pengunjung mengunjungi laman tersebut. Sebagai pilihan alternatif, pelajar boleh juga menyemak melalui pautan link di bawah ini.

  1. https://intake.utm.my/semakan/
  2. http://jpt.ums.edu.my/
  3. http://jpt.uum.edu.my/
  4. https://jpt.unimas.my/hebahanKeputusan/indexspmX.jsp

Bagi pelajar yang berjaya hendaklah membuat pengesahan penerimaan tawaran kemasukan dan mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web rasmi universiti awam(UA/IPTA) yang berkaitan ataupun Jabatan Pengajian Politeknik mulai 17 Mei 2016.

Senarai Pautan Link Surat Tawaran Mengikut Universiti Awam(UA/IPTA)

Di bawah ini merupakan pautan link yang boleh digunakan untuk mencetak surat tawaran kemasukan. Ianya akan dikemskini dari semasa ke semasa.

  1. Universiti Malaya
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia
  3. Universiti Putra Malaysia
  4. Universiti Teknologi Malaysia
  5. Universiti Teknologi Mara
  6. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  7. Universiti Sains Islam Malaysia
  8. Universiti Malaysia Sarawak
  9. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  10. Universiti Malaysia Sabah
  11. Universiti Pendidikan Sultan Idris
  12. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  13. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM)
  14. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  15. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  16. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  17. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  18. Jabatan Pengajian Politeknik

Share this post

Kongsikan Pendapat Anda