Semakan Keputusan Tingkatan 6 2016

Semakan keputusan tingkatan 6 2016/2017 secara online. Tarikh semak Keputusan kemasukan ke tingkatan 6 bagi sesi pengajian tahun 2016/2017 telah diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Semakan boleh dibuat bermula pada 14 April 2016 hingga 27 Mei 2016.

Semakan kemasukan boleh disemak menggunakan aplikasi e-perkhidmatan berkala menerusi Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cara Semak Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan 6 Sesi 2016/2017

Semakan keputusan tawaran kemasukan ke tingkatan 6 boleh dilakukan secara online dan juga sms. cara semak adalah sebagaimana di bawah.

Semakan Keputusan Tingkatan 6 2016 Secara Online

  1. Tarikh rasmi – 15 April 2016 hingga 27 Mei 2016.
  2. Link aplikasi – Klik Semakan Tingkatan 6 2016

Calon yang berjaya dan bersetuju dengan tawaran tersebut hendaklah mencetak surat tawaran dan perlu dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan pada 4 Mei 2016.

Sekiranya calon sedang menunggu tawaran UPU, calon perlu juga melaporkan diri di sekolah yang ditetapkan.

Semakan Tawaran Kemasukan Melalui SMS

Semakan melalui SMS boleh dibuat melalui arahan di bawah. Setiap penghantaran akan dikenakan cas perkhidmatan sebanyak 15 sen dan cas penerimaan sebanyak 20 sen.

  1. Taip MOE<jarak> T6<jarak> [No KP atau Angka Giliran]
  2. Hantarkan ke 15888

semakan kemasukan ke tingkatan 6 2016

* Maklumat diatas adalah tertakluk kepada pindaan. Sila rujuk Portal Rasmi KPM untuk maklumat yang lebih sahih.

Share this post

Kongsikan Pendapat Anda