Serba Sedikit Mengenai Contest Anjuran Lynk.my

Baru semalam menerbitkan artikel yang bertajuk banyak betul contest menjelang penghujung 2015, hari ini Blogger Pontian ingin membicarakan pula serba sedikit mengenai contest mega yabg dianjurkan oleh Lynk.my.

contest lynk.my

Secara asasnya contest ini bertujuan untuk mempromosikan shorten url yang baru sahaja dibangunkan oleh Lynk.my. Dengan bahasa ringkasnya ialah disebut sebagai contest review walaupun pertandingan ini mempunyai tiga kategori.

Pertandingan ini hanya layak di sertai oleh blogger-blogger dari Malaysia sahaja yang tidak mempunyai kata kunci yang dipertandingkan di dalam domain.

Para peserta hanya dibenarkan untuk menghantar satu penyertaan sahaja. Jadi sekiranya anda mempunyai banyak blog, pilihlah blog mana yang terbaik untuk memasuki pertandingan ini. Blog-blog yang lain bolehlah dibuat sebagai blog sokongan ataupun blog dummy untuk membangun backlink.

Bagi kategori SEO, penganjur rasanya membenarkan teknik “Black Hat” . Akan tetapi sebarang tindakan penalti daripada google adalah dibawah tanggungjawab sendiri. Jadi berhati-hatilah kalau mahu menggunakan black hat SEO.

Contest review lynk.my ini berlangsung selama dua bulan iaitu daripada 27 Oktober 2015 hinggalah 27 Disember 2015.

Artikel yang diterbitkan hendaklah unik dan hasil kreativit sendiri. Sebarang tindakan penyalinan semula karya orang lain akan menyebabkan penyertaan anda akan dibatalkan.

Keseluruhan hadiah yang ditawarkan kepada pemenang dalam pertandingan review ini ialah RM4000. Fuhh. lumayan sekali. Berkemungkinan salah seorang pemenang akan memenangi ketiga-tiga kategori yang dipertandingkan.

Bagi kategori SEO cara pemilihan pemenang ialah menggunakan enjin carian google.com.my. Penganjur akan menggunakan pelayar google chrome mode incognito untuk menentukan pemenang melalui link https://www.google.com.my/search?q=contest+review+lynk.my+2015.

Jadi ingatlah pemenang dipilih melalui google.com.my dan bukannya google.com. Strategi yang perlu digunakan rasanya amat berbeza sama sekali. Mungkin hanya perlu banyak meninggalkan komen-komen di blog yang bersifat dofollow yang memakai .my dihujungnya. Susah juga mahu cari sekarang kerana rata-rata domain yang menggunakan .my dimalaysia ini tidak banyak yang tinggi DA, PA, PR dan autoritinya. Tambahan pula sekarang ini banyak blog yang bersifat nofollow.

Jadi itulah antara sedikit sebanyak pendapat Blogger Pontian tentang contest berbentuk review yang dianjurkan oleh Lynk.my pada tahun 2015 ini. Sekiranya anda peserta dan ada kelapangan jemput mengundi saya di blog utama saya ya.

Terima kasih..

Share this post

Kongsikan Pendapat Anda